Posts

Showing posts from April 19, 2020

Kod Cara Membuat Borang

Image
Blog ini diselenggara oleh Iliyas Mohamed Razali . URL Blog ini adalah https://websitecodehtml.blogspot.com. juga BajaDigrow.com  Borang HTML Form atau borang adalah teknik yang paling kepada webmaster untuk mendapatkan info atau maklumat daripada pelayar seperti nama, alamat ataupun nombor kredit kad. Borang terdiri daripada beberapa jenis bergantung kepada keperluan webmaster dan juga anda boleh menyimpan data-data dari borang ini dalam bentuk fail ataupun database. Text Fields Sebelum anda belajar untuk membuat borang yang sempurna, anda mestilah belajar daripada asas, Input yang paling asas kita akan gunakan ialah  Text Field.  Tag yang akan kita gunakan untuk membuat form adalah  <form>  dan tag bagi memasukan jenis data adalah  <input> . Tag  <input>  mempunyai beberapa attribute iaitu: type  - menentukan jenis input. name  - nama bagi input. Sangat penting untuk rujukan. size  - Saiz bagi input. maxlength  - Menentukan had maksimum bagi jumlah

Mencipta Fail HTML

Image
Perkara yang penting sebelum bermula adalah mempunyai keperluan asas terlebih dahulu iaitu: sebuah komputer sendiri untuk memudahkan proses belajar perisian pelayar (sama ada Internet Explorer, Firefox, Safari, Opera atau Chrome) perisian suntingan teks asas -- dicadangkan Notepad atau Notepad++ capaian internet untuk merujuk tutorial di sini. Mencipta fail HTML Satu fail HTML akan dikenali dan dikendali oleh sistem berdasarkan kepada jenis sambungan (extension) untuk fail tersebut. Untuk HTML mempunyai dua jenis sambungan iaitu  .htm  (fail versi lama) atau  .html  (fail versi baru). Bagi mencipta fail HTML yang baru, kita perlu membuka perisian suntingan teks ringkas iaitu Notepad.   Buat masa sekarang belum ada sebarang kod pengaturcaraan ditulis. Kita hasilkan fail HTML kosong sebagai latihan pertama. Klik pada menu  File  dan kemudian terus ke pilihan  Save As... Seterusnya berikan nama untuk fail ini. Katakan sebagai contoh  laman-utama.html . Kemudian

Memahami TAG HTML

Image
Secara umumnya TAG adalah tatatanda bagi komputer untuk memahami, membaca dan menterjemahkan bahasa pengaturcaraan ke dalam bentuk yang difahami oleh manusia. Tag merupakan medium atau bahasa pengantara untuk membolehkan manusia memberi arahan kepada mesin bagi pelaksanaan sesuatu tugas. Penggunaan tag yang mesti ada dalam sesuatu laman web ialah: <HTML>   --- Tag permulaan kod aturcara bagi bahasa HTML <HEAD>   --- Kebanyakkan koding seperti Javascript, XML dan ASP di masukkan di sini. Kebiasaannya " script " di dalam  <HEAD>  perlu dijalankan sebelum keseluruhan halaman dimuat turun sebagai persediaan. </HEAD>  --- Penamat bagi  <HEAD> <BODY>   --- Sebarang koding yang ditulis di ruangan ini akan dipaparkan </BODY>  --- Penamat bagi paparan </HTML>   --- Penamat bagi bahasa HTML Di samping itu terdapat pelbagai lagi tag yang terdapat dalam HTML dan akan diterangkan secara khusus kemudiannya. Setiap