Mencipta Fail HTML
- sebuah komputer sendiri untuk memudahkan proses belajar
- perisian pelayar (sama ada Internet Explorer, Firefox, Safari, Opera atau Chrome)
- perisian suntingan teks asas -- dicadangkan Notepad atau Notepad++
- capaian internet untuk merujuk tutorial di sini.
Mencipta fail HTML
Satu fail HTML akan dikenali dan dikendali oleh sistem berdasarkan kepada jenis sambungan (extension) untuk fail tersebut. Untuk HTML mempunyai dua jenis sambungan iaitu .htm (fail versi lama) atau .html (fail versi baru). Bagi mencipta fail HTML yang baru, kita perlu membuka perisian suntingan teks ringkas iaitu Notepad.
Buat masa sekarang belum ada sebarang kod pengaturcaraan ditulis. Kita hasilkan fail HTML kosong sebagai latihan pertama. Klik pada menu File dan kemudian terus ke pilihan Save As...

Seterusnya berikan nama untuk fail ini. Katakan sebagai contoh laman-utama.html. Kemudian tukarkan bentuk simpanan fail sebagai All Files (*.*) di bawah pilihan Save as type.
Ini sangat penting. Sekiranya anda tidak menukarkan kepada format All files, Notepad akan menyimpan fail ini dalam format perisiannya dan tidak menukar kepada fail HTML.
Seterusnya buat pilihan untuk Encoding kepada UTF-8 bagi membolehkan fail HTML di akses oleh apa jua peranti sama ada di komputer, tablet atau telefon mobil. Setelah selesai, klik butang Save. Anda boleh menyimpan fail ini dalam mana-mana direktori yang boleh dicipta dalam komputer anda.
Menyunting kembali fail HTML

Pertama: Melalui perisian Notepad.

Buka perisian Notepad semula, kemudian navigasi ke menu File > Open.

Tukarkan menu pilihan daripada Text Documents (*.txt) kepada All files (*.*) untuk memaparkan semua fail yang wujud dalam direktori tersebut dan tidak terhad kepada fail Notepad sahaja. Seterusnya cari direktori yang menempatkan fail HTML tersebut, klik pada fail itu dan klik butang Open.
Kedua: Melalui Windows Explorer.

Kaedah ini lebih mudah dan pantas. Pergi ke direktori yang menyimpan fail HTML tersebut. Seterusnya klik kanan (right click) pada tetikus anda. Cari pilihan untuk Open with. Satu tetingkap pilihan akan muncul dan klik pada perisian Notepad.
Comments
Post a Comment