Memahami TAG HTML
Secara umumnya TAG adalah tatatanda bagi komputer untuk memahami, membaca dan menterjemahkan bahasa pengaturcaraan ke dalam bentuk yang difahami oleh manusia. Tag merupakan medium atau bahasa pengantara untuk membolehkan manusia memberi arahan kepada mesin bagi pelaksanaan sesuatu tugas.
Penggunaan tag yang mesti ada dalam sesuatu laman web ialah:
<HTML> --- Tag permulaan kod aturcara bagi bahasa HTML
<HEAD> --- Kebanyakkan koding seperti Javascript, XML dan ASP di masukkan di sini. Kebiasaannya "script" di dalam <HEAD> perlu dijalankan sebelum keseluruhan halaman dimuat turun sebagai persediaan.
</HEAD> --- Penamat bagi <HEAD>
<BODY> --- Sebarang koding yang ditulis di ruangan ini akan dipaparkan
</BODY> --- Penamat bagi paparan
</HTML> --- Penamat bagi bahasa HTML
Di samping itu terdapat pelbagai lagi tag yang terdapat dalam HTML dan akan diterangkan secara khusus kemudiannya. Setiap satu mempunyai fungsi yang tersendiri.
Setiap tag perlu ada pembuka TAG and perlu ditutup pada akhir penggunaannya. Sekiranya tidak ditutup, elemen-elemen selepas tag dibuka akan memberikan kesan tag-tag lain sehinggalah tag penutup </HTML> digunakan. Keadaan ini menyebabkan laman tidak dipaparkan dengan tepat
Pastikan anda sentiasa menutup sebarang TAG yang digunakan
Penulisan koding perlulah teratur dan kemas bagi memudahkan anda mengenali dan memahami setiap koding yang digunakan. Sekiranya penulisan koding tidak teratur akan menyukarkan anda untuk mencari bahagian-bahagian koding yang terlibat.
Bagi pengguna yang lebih suka untuk menulis aturcara dengan menggunakan Notepad atau perisian yang seakannya, corak dan cara penulisan aturcara adalah penting.
Hai...Terima kasih atas lawatan anda |
Sepintas lalu, memang tiada masalah untuk menganalisis aturcara yang senang. Tetapi bayangkan jikalau terdapat jujukan aturcara yang lebih panjang daripada ini. Sudah pasti akan lebih memeningkan. Jadi, untuk menyenangkan kerja anda semasa membina laman web penulisan koding seperti di bawah ini amat-amat digalakkan.
<html> <head> <title>Selamat Datang</title> </head> <body> <table> <tr> <td>Hai... <p>Terima kasih atas lawatan anda</p> </td> <tr> </table> </body> </html>
Comments
Post a Comment