Rekabentul HTML
Setiap laman web yang dibina mempunyai struktur tertentu. Rekaan dan struktur asas bagi sesuatu laman web, reka bentuknya adalah seperti berikut.
- Penggunaan <HTML> dan </HTML> akan memberitahu pelayar atau "web browser" dimana ia patut bermula dan berakhir. Pengunaan tag ini hanya terhad kepada satu pasang sahaja. Walaupun ianya boleh digunakan berulang kali, masalah atau ralat mungkin dipaparkan kerana pihak pelayar tidak dapat menentukan dengan tepat di mana dokumen HTML bermula dan berakhir.Head adalah ruangan untuk meletakkan tajuk, koding tambahan seperti JavaScript, ruangan ini tidak akan dipaparkan. Jadi ianya amat sesuai untuk dimasukkan informasi mengenai struktur dan rekaan untuk paparan kandungan.
- Body adalah ruangan untuk paparan sesuatu laman web di mana ke semua elemen-elemen atau koding yang dimasukkan akan dibaca oleh pelayan (browser) dan diterjemahkan dalam bentuk visual.
Aturcara yang paling ringkas dalam HTML ialah:
<HTML> <HEAD> ... elemen yang tidak dipaparkan kepada pengguna ... ... meliputi <title>, <meta>, <script>, <style> ... </HEAD> <BODY> ... elemen atau input yang akan dipaparkan kepada pengguna ... ... meliputi semua elemen kecuali elemen di <head></head> ... </BODY> </HTML>
Sekiranya berlaku ralat di bahagian <HEAD> ... </HEAD>, ralat tersebut tidak dipaparkan kepada pengguna sebaliknya amaran dari perisian pelayar seperti "message box" atau "javascript error indicator".
Comments
Post a Comment